Friday, August 14, 2009
Video X-gig X-tended Musim Kedua
MATEMATIK - FRANTIC ROMANTIC
MATEMATIK - BRING ME THE LIGHT
Saturday, August 8, 2009
check out our video & pix at flyfm champur chart (Laundry Bar The Curve)
www.hafizally.com/blog
thanks to our friend mohd hafiz for posting this link to us, also thanks to all fans & friends who showed up at Laundry Bar The Curve. Thanks for having us Fly FM.More pictures will be uploaded soon.
A review by GEGEY music


MATEMATIK
Jangan risau, anda tidak perlu memerah otak atau menekan kalkulator untuk mendengar hasil karya daripada MATEMATIK, sekumpulan pemuzik muda yang baru sahaja mengeluarkan EP sulung mereka bertajuk BRING ME THE LIGHT. Setelah sekian lama terperap di dalam pemain cakera, akhirnya butang play berjaya ditekan dan otak mula gatal untuk membuat sedikit ulasan.
EP ini mengandungi 5 lagu yang bertajuk ‘bintang’, ‘bring me the light’, ‘dansa di angkasa’, ‘kiss kiss’ dan ‘2-1′. Pemuzik luar turut diundangkan untuk memeriahkan lagi bunyi-bunyian dalam lagu mereka. Dirakamkan pada tahun 2008 dan mula diedarkan kepada peminat pada 25 April 2009. Pada mula cakera dimainkan, perasaan seolah mendengar lagu Berhenti Berharap (Sheila On 7) mula timbul. Tetapi, ternyata jangkaan meleset selepas beberapa saat lagu berkumandang dengan munculnya bunyi bass dan gitar. Lagu suaikenal ini boleh dikatakan agak killer dengan rentak yang rancak dan addictive. Kepala sedikit terangguk-angguk, mulut mula terkumat-kamit untuk cuba sing-along setelah mendengarnya untuk beberapa kali. Untuk lagu ke-2, perasaan mula berubah ke arah lebih dance-ish ditambah dengan suara latar yang kedengaran seolah mengejek ajak bertumbuk. Lagu seterusnya semakin menunjukkan peningkatan dari segi keagresifan dengan sedikit bau gedik. Agak seksi disitu. Lenggok nyanyian dan suara latar mengingatkan kepada The Upstairs (indonesia). Untuk lagu ke-4, anda patut dengar intro dan rentaknya. Pasti menimbulkan sedikit kerut di dahi anda. Lagu penutup mereka benar-benar memberi rasa ingin ‘lepas geram’ dan peluk teman wanita sendiri sekuat hati. Selebihnya, biarlah anda imaginasikan sendiri.
Secara keseluruhan, ianya merupakan pengalaman yang agak menarik cuma mungkin boleh diperhebatkan lagi dinamiknya. Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Ojoe si jurutera bunyi memang boleh ditabik. Lagu mereka boleh dikatakan catchy dengan sedikit rasa dance dan rock. Psychedelic! Cuba dengar kesemua lagu tanpa pra-penghakiman dan buat keputusan anda sendiri. Jika berminat, anda boleh lawati http://www.myspace.com/matematikmusik untuk mendapatkan informasi lebih lanjut dan cara untuk mendapatkan EP mereka.
notakaki: MATEMATIK akan mengadakan EP Launch Party pada 30 Jun 2009, jam 10 malam di UrbanAttic, CapSquare. Masuk adalah percuma. Jumpa di sana!
notakaki(2): EP MATEMATIK boleh didapati di Attack!Attack! Studio dengan harga RM12 sekeping. Stok adalah terhad. Siapa lambat, dia tak dapat.
Written by andrew superkiller jabbar in Thursday, June 18th 2009
Monday, July 20, 2009
Matematik cuba berdansa di angkasa @ Utusan Malaysia
Masih jauh lagi perjalanan kumpulan muzik ini jika dibandingkan dengan kumpulan lain yang telah bertapak kukuh di persada seni tanah air seperti Meet Uncle Hussain (MUH), Hujan, Estranged mahupon One Buck Short.
Namun begitu, satu perkara yang telah diperkatakan mengenai Matematik adalah mereka memperjuang aliran muzik yang same iaitu seni muzik bebas atau lebih dikenali sebagai muzik indie.
Matematik yang dianggotai tiga anak muda iaitu Tajrin Faruqi, 20, Shah, 25, dan Nabil, 20, mengimpikan kehadiran mereka dalam industri muzik tempatan bukan sekadar untuk meraih popularity malah minat mendalam yang dipupuk sejak sekian lama terhadap bidang muzik itu sendiri.
“Kami mula bermain muzik sejak tiga tahun lalu dan ketika itu, pembabitan kami hanya sekadar suka-suka.
“Lagipun ketika mula-mula bermain muzik,pengetahuan kami hanya sedikit dan cuma belajar dengan rakan-rakan serta menerusi laman web Youtube sahaja,” kata Shah yang merupakan pemain bass untuk Matematik.
Menurutnya, Matematik diklasifikasikan sebagai sebuah kumpulan yang membawa muzik jenis ‘post punk’ dan ‘danceble rock’ tetapi pengaruh terbesar kumpulan itu adalah muzik-muzik daripada United Kingdom (UK).
“Ramai memberitahu muzik yang kami bawa ini lebih kepada genre ‘post punk’ dan danceable rock’ tetapi saya berpendapat Matematik lebih cenderung kepada muzik UK,” ujarnya.
Mengulas mengenai lagu-lagu yang mereka dendangkan, Shah berkata, Matematik seperti kumpulan-kumpulan indie lain yang mengetengahkan lagu-lagu ciptaan sendiri.
Setakat ini, katanya, mereka telah menghasilkan banyak lagu tetapi hanya lapan yang telah dirakam.
“Baru-baru ini, kami juga telah menerbitkan sebuah album mini (EP) iaitu Bring Me The Light dan menerusi album tersebut sebanyak lima buah lagu berunsur punk yang segar telah dimuatkan,” jelasnya.
Selain album mini, Matematik dikhabarkan bakal merakam sebuah single terbaru pada bulan Ramadhan ini di samping menyusun perancangan untuk menerbitkan sebuah album penuh.
Ditanya tentang impian untuk aktif dalam arus muzik perdana, Shah berkata, itu memang menjadi impian sejak dahulu lagi, namun begitu, mereka tidak mahu terburu-buru untuk ke arah tersebut.
“Siapa yang tidak mahu untuk berada di tahapyang lebih baik tetapi kami juga lebih selasa begini kerana semuanya kami uruskan sendiri,” katanya.
- Pengaruh besar Matematik adalah daripada Bloc Party dan The Automatic iaitu kumpulan muzik dari UK
- Tajrin dan Nabil masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi manakala Shah adalah Pengurus Akaun di sebuah syarikat swasta.
- Pernah bermain di konsert Crossborder di samping The Times dan Tabasco daripada Thailand pada April lalu.
- Selain Bring Me The Light, empat buah lagu lain dalam EP Matematik adalah Bintang, Dansa Di Angkasa, Kiss Kiss dan 2-1.
- Lagu Bintang dan Dansa Di Angkasa diramal menjadi hit.
- Kenali kumpulan ini dengan melayari www.myspace.com/matematikmusik atau http://matematikmusik.blogspot.com
oleh ilah hafiz aziz
hafiz.aziz@utusan.com.my
Tuesday, July 7, 2009
ROTTW V.149 2009 page 9
Runut bunyi tarian liar
Matematik datang lagi dengan brand new EP "Bring Me The Light".Mengandungi 5 lagu yang sendat dengan runut bunyi tarian dan punk serta elemen fresh dari tanah Shah Alam dan Damansara. Diterajui lagu "Dansa Di Angkasa" (yang kini diputarkan di radio-radio tempatan),"Bintang","Bring Me The Light","Kiss kiss" dan "2-1" pasti membuatkan penantian selama 2 tahun akan terubat.
Direkod di Pekanmaya Studio, di edit da di master oleh Ojoe,dibantu Shiz (drum,sky),Encik Danial (synth,Robot Asmara) dan Fanunazue (keyboard) EP ini pasti tidak mengecewakan!
Kini kami sedang memerah otak dalam pembikinan rilisan single terbaru, "Frantic Romantic" dan "If Lawyer is The Best Liar". Penuh suspen dan elemen suprise yang mungkin akan mengejutkan pendengar setia Matematik!Tunggu ya!Insya-Allah kalau tiada aral melintang, dalam beberapa ketika kami akan meriliskannya.