Monday, July 20, 2009

Matematik cuba berdansa di angkasa @ Utusan Malaysia

Masih jauh lagi perjalanan kumpulan muzik ini jika dibandingkan dengan kumpulan lain yang telah bertapak kukuh di persada seni tanah air seperti Meet Uncle Hussain (MUH), Hujan, Estranged mahupon One Buck Short.

Namun begitu, satu perkara yang telah diperkatakan mengenai Matematik adalah mereka memperjuang aliran muzik yang same iaitu seni muzik bebas atau lebih dikenali sebagai muzik indie.

Matematik yang dianggotai tiga anak muda iaitu Tajrin Faruqi, 20, Shah, 25, dan Nabil, 20, mengimpikan kehadiran mereka dalam industri muzik tempatan bukan sekadar untuk meraih popularity malah minat mendalam yang dipupuk sejak sekian lama terhadap bidang muzik itu sendiri.

“Kami mula bermain muzik sejak tiga tahun lalu dan ketika itu, pembabitan kami hanya sekadar suka-suka.

“Lagipun ketika mula-mula bermain muzik,pengetahuan kami hanya sedikit dan cuma belajar dengan rakan-rakan serta menerusi laman web Youtube sahaja,” kata Shah yang merupakan pemain bass untuk Matematik.

Menurutnya, Matematik diklasifikasikan sebagai sebuah kumpulan yang membawa muzik jenis ‘post punk’ dan ‘danceble rock’ tetapi pengaruh terbesar kumpulan itu adalah muzik-muzik daripada United Kingdom (UK).

“Ramai memberitahu muzik yang kami bawa ini lebih kepada genre ‘post punk’ dan danceable rock’ tetapi saya berpendapat Matematik lebih cenderung kepada muzik UK,” ujarnya.

Mengulas mengenai lagu-lagu yang mereka dendangkan, Shah berkata, Matematik seperti kumpulan-kumpulan indie lain yang mengetengahkan lagu-lagu ciptaan sendiri.

Setakat ini, katanya, mereka telah menghasilkan banyak lagu tetapi hanya lapan yang telah dirakam.

“Baru-baru ini, kami juga telah menerbitkan sebuah album mini (EP) iaitu Bring Me The Light dan menerusi album tersebut sebanyak lima buah lagu berunsur punk yang segar telah dimuatkan,” jelasnya.

Selain album mini, Matematik dikhabarkan bakal merakam sebuah single terbaru pada bulan Ramadhan ini di samping menyusun perancangan untuk menerbitkan sebuah album penuh.

Ditanya tentang impian untuk aktif dalam arus muzik perdana, Shah berkata, itu memang menjadi impian sejak dahulu lagi, namun begitu, mereka tidak mahu terburu-buru untuk ke arah tersebut.

“Siapa yang tidak mahu untuk berada di tahapyang lebih baik tetapi kami juga lebih selasa begini kerana semuanya kami uruskan sendiri,” katanya.

Malah Shah amat berharap para peminat Matematik akan sentiasa menyokong mereka dan sama-sama memartabatkan industri muzik tanah air.

  • Pengaruh besar Matematik adalah daripada Bloc Party dan The Automatic iaitu kumpulan muzik dari UK
  • Tajrin dan Nabil masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi manakala Shah adalah Pengurus Akaun di sebuah syarikat swasta.
  • Pernah bermain di konsert Crossborder di samping The Times dan Tabasco daripada Thailand pada April lalu.
  • Selain Bring Me The Light, empat buah lagu lain dalam EP Matematik adalah Bintang, Dansa Di Angkasa, Kiss Kiss dan 2-1.
  • Lagu Bintang dan Dansa Di Angkasa diramal menjadi hit.
  • Kenali kumpulan ini dengan melayari www.myspace.com/matematikmusik atau http://matematikmusik.blogspot.com
utusan malaysia,sabtu 18 Julai 2009
oleh ilah hafiz aziz
hafiz.aziz@utusan.com.my

1 comment:

  1. matematik @ laundry - munchy / campur chart nye gama / video ade kt blog aku....

    www.hafizally.com/blog


    hafiz a.k.a bo0

    ReplyDelete